Salasilah Kesultanan Sulu
January 8th, 2008Dua warisan awal Kesultanan Sulu ialah Keluarga Kiram dan Keluarga Aranan sahaja kemudian dari keluarga Kiram muncul pula Keluarga Shakirullah.Maka Keluarga Kesultanan Sulu menjadi tiga warisan kini iaitu Kiram , Shakirullah dan Aranan .Bermakna sistem penggiliran diamalkan. Berikut ialah senarai Sultan-sultan Sulu , walaubagaimana pun yang diiktiraf oleh ahi sejarah termasuk Filipina hanya 32 .bermula pada 1450 hingga 1936 M. Akhir dari Kesultanan Sulu telah memeterai perjanjian dengan Kerajaan Filipina untuk membangun wilayah Sulu , semenjak itu Filipina mengatasi kuasa Kesultanan Sulu sendiri .\\n\\n1 . SULTAN SHARIFUL HASHIM (Sayyid Abu Bakar - Berketurunan Sayydina Husein r.a )\\n - Sultan Sulu yang pertama ,nama asal Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Ali Zainal Abidin (Ahlul Bait dari Sayyiidina Hussein r.a ), \\n Singgah dikebanyakan negeri di Nusantara , di Sulu mengislamkan masyarakat Sulu kemudian diangkat menjadi Sultan Sulu \\n pertama 1450 hingga 1480 M dengan gelaran Sultan Shariful Hashim.\\n - Seorang ulamak sufi yang lemah lembut dan penyayang , dapat mengislamkan masyarakat Tausug Baklaya & Taguima \\n (tinggal di pantai) dan Tausug Buranun (tinggal di pergunungan) yang majoriti menganut Hindu-Budha dan animisma.\\n - Baginda adalah saudara kandung kepada Sayyid Muhammad Kabongsuan (datang dari Johor bersama orang Bajao)pengasa\\n Kerajaan Maguindanao pada 1515 M.\\n - Memperkenalkan akidah Ahlusunnah Waljammah (Imam Al-Asy\\\’ari r.a / Imam Al-Maturidi r.a) dan mazhab feqah As-Syafi\\\’e \\n r.a, pengamal Tareqat Muktabarah.\\n - Baginda kemungkinan besarnya mengubah istilah keturunan Sayyidnya kepada Syarif .\\n\\n2 . SULTAN KAMALUDDIN \\n - Anak kepada Sultan Shariful - Hashim . Memerintah Sulu dari 1480 hingga 1519 M.\\n - Anaknya Puteri Laila Menchanai berkahwin dengan Sultan Brunei iaitu Sultan Bolkiah (Nahkoda Ragam) , lahir anak yang juga \\n Sultan Brunei Sultan Abdul Kahar .Di sini bermula kekeluargaan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.\\n3 . SULTAN ALAWADDIN\\n4 . SULTAN AMIRUL-UMARA\\n5 . SULTAN MUIZZUDDIN MUTAWADDIN\\n6 . SULTAN NASARUDDIN AL-AWAL\\n7 . SULTAN MUHAMMAD UL-HALIM @ PENGIRAN BUDDIMAN UL-HALIM\\n - Baginda berkahwin dengan Puteri Sultan Abdul Kahar , Sultan Brunei.\\n - Lahir Betarashah Tengah dan seorang Puteri ( Puteri berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan , Sultan Brunei)\\n - Perkahwinan Puteri dengan Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei) dikurniakan Putera bernama Raja Bongsu 1.\\n8 . SULTAN BETARASHAH TENGAH @ PENGUILAN/PENGERAN TINDIG\\n - Anak kepada Sultan Muhammaad Buddiman Ul-Halim\\n - Mangkat tanpa zuriat \\n - Tahta di serah pada anak saudaranya , Raja Bongsu-1 (Anak Sultan Brunei dengan saudara permpuannya).\\n - Sultan Sulu terakhir dari keturunan Sultan Shariful Hashim@Sayyid Abu Bakar (dari Sayyidina Hussein r.a).\\n9 . SULTAN MAWALIL-WASIT @ RAJA BONGSU-1 @ PANGIRAN SHAHBANDAR MAHARAJALELA IBNI SULTAN MUHAMMAD HASSAN \\n dari BRUNEI.\\n - Bermulanya Kesultanan Sulu dari keturunan Sultan Brunei , Sultan Sharif Ali (Barkat Ali ) dari (Sayydina Hassan r.a).\\n10.SULTAN NASIRUDDIN -2\\n - Kemungkinan beliau ialah Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao (Sebabnya Baginda berkahwin dengan Puteri Sultan \\n Mawalil - Wasit @ Raja Bongsu-1 yang bernama Siti Kabira )\\n - Sebab lainnya Baginda sangat berkuasa hingga dapat menguasai bandar Zamboanga dari Sepanyol dan kekuasaanya dirasai \\n hingga ke Pulau Basilan (Rujuk Prof. Cesar Adib Majul “Islam di Filipina”).\\n11.SULTAN SALAHUDDIN-KARAMAT @ PANGIRAN BAKHTIAR\\n - Pada zaman pemerintahan Baginda Kesultanan Brunei mengalami perang saudara sehingga 10 tahun . Sultan Brunei meminta \\n pertolongan Sultan Salahuddin Karamat , menghantar tentera ke Brunei dan menamatkan perang saudara yang hampir \\n memusnahkan Kerajaan Brunei.\\n - Sultan Brunei hadiahkan Borneo Utara (Sabah) pada Sultan Sulu.\\nSementara menunggu Datu Sahabuddin ibni Sultan Salahuddin-Karamat layak menjadi Sultan Sulu ,tiga orang Sultan sementara dilantik(mengikut protokol DiRaja Sulu) secara bergilir-gilir bermula 1680 - 1685.\\n12.SULTAN ALI SHAH , atau Nai Long Ena .Baginda sebenarnya adalah Sultan Riau Lingga putera ke-4 Sultan Muzaffar Syah-3 \\n @Koya Long dalam Kerajaan Islam Siam Kedah . \\n13.SULTAN NURUL A\\\’LAM @ SITI KABIRA dan\\n14.SULTAN AL-HAQUNU IBNI WALI UL AHAD.\\n15.SULTAN SAHABUDDIN ( Penggiliran Tahta Bermula )\\n - Putera sulung Sultan Salahuddin-Karamat \\n - Mula mengitip cukai di Borneo Utara (sabah).\\n16.SULTAN MUSTAFA SHAFIUDDIN \\n - Putera kedua Sultan Salahuddin -Karamat (adik kepada Sultan Sahabuddin )\\n17.SULTAN BADARUDDIN -1\\n - Putera ketiga Sultan Salahuddin-Karamat.\\n - Isteri pertama gadis bugis dari Soopeng , Sulawasi.\\n - Bondanya ialah daripada suku kaum Tidung dan Baginda sendiri berkahwin dengan Puteri Tidung sebagai isteri kedua.\\n18.SULTAN AZIMUDDIN @ ALIMUDDIN-1 @ FERNANDO DE ALIMUDDIN.\\n - Putera isteri pertama (bugis) Sultan Badaruddin-1\\n - Belajar agama di pesantren Betawi , Jawa.\\n - Setelah baginda “dibaptis” oleh paderi Sepanyol pada 1750 dalam gereja di Manila , kekuasaan baginda keatas Kesultanan\\n Sulu terbatal dengan sendirinya.\\n - Bermula keturunan Keluarga Kiram dan Shakiraullah (lambang keris dalam bendera Sulu ).\\n - Tahta Sultan Sulu diambil alih oleh adindanya dari isteri kedua (ayahndanya) dari kaum Tidung.\\n19.SULTAN BANTILAN MUIZUDDIN IBNI SULTAN BADARUDDIN-1 .\\n - Bermula keturunan Kelurga Maharaja Adinda (lambang tombak dalam bendera Sulu)\\n20.SULTAN AZIMUDDIN @ ALIMUDDIN 2 IBNI SULTAN BANTILAN MUIZUDDIN .\\n - Anakndanya Raja Muda Datu Bantilan seterusnya lahir (Cucunya )Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan / Adanan \\n Puyo (Menaiki tahta selama seminggu) melahirkan Datu Mohammad Shieik/Seh/sy.\\n - Di sini bermula susur galur keluarga YM Datu Ali Aman bin YM Datu Aliuddin Haddis Pabila dan YM Datu Uda @ Ladjamura bin \\n YM Datu Wasik.\\n21.SULTAN MUHAMMAD ISRAIL\\n - Putera Sultan Azimuddin @Alimuddin -1\\n22.SULTAN SHARIFUDDIN \\n - Juga putera Sultan Azimuddin @ Alimuddin-1\\n23.SULTAN ALIMUDDIN @ AZIMUDDIN - 3.\\n - Putera Sultan Sharifuddin .\\n - Sultan ini menaiki tahta pada 1808 selama 40 hari jadi sultan . Rajamuda yang diiktiraf ketika itu ialah Raja Muda Datu \\n Bantilan @ Raja Muda Badaruddin ibni Sultan Alimuddin @ Azimuddin -2 (rajamuda dari keluarga Maharaja Adinda ini \\n sepatutnya menaiki tahta setelah Sultan Alimuddin maka bermulalah perlanggaran protokol diraja Sulu atau Tartib DiRaja Sulu.\\n24.SULTAN ALIUDDIN ( Pembolotan Giliran Takhta Bermula )\\n - Baginda ialah adinda kepada Sultan Alimuddin @ Azimuddin-3.\\n - Merampas takhta yang sepatutnya jatuh kepada Raja Muda Datu Bantilan ibni Sultan Alimuddin @ Azimuddin-2 (Keluarga \\n Maharaja Adinda) pada 1808 , ketika Raja Muda Datu Bantilan tiada di Jolo,Sulu sebab mengelak wabak cacar pada 1808 \\n iaitu selepas kemangkatan Sultan Alimuddin @ Azimuddin-3.\\n25.SULTAN SHAKIRAULLAH \\n - Adinda Sultan Aliuddin dan Sultan Azimuddin @ Alimuddin-3.\\n - Bermula keluarga Shakiraullah ( lambang Barong ).\\n - Baginda satu-satu sultan dari keluarga Shakiraullah .\\n26.SULTAN HARUN AR-RASHID.\\n27.SULTAN JAMALUL KIRAM-1.\\n - Putera Sultan Alimuddin @ Azimuddin-3.\\n - Bermulanya keluarga Kiram (Kekal mengguna lambang keris).\\n28.SULTAN MUHAMMAD FADL @ SULTAN PULALUN.\\n - Putera kepada Jamalul Kiram - 1.\\n29.SULTAN MUHAMMAD ADANAN (ARANAN PUYO).\\n30.SULTAN JAMALUL A\\\’ZAM slots online,play free online slots game,online gambling slotsplay free casinovideo poker payoutplay free online slots,play slots,play free slots no downloadblack jack betting strategystrip video poker gamesonline casino slots gambling,online casino slots,free online casino slotsjacks or better video pokerhow to play craps,play craps free,craps how to playonline casinoscasino game online roulette,roulette game free online,online roulette gamevc poker bonus codetexas holdem downloadparadise pokergioco poker gratuitoworld championship pokersoftware cartestreep poker on linegiochi omaha poker in lineatexas holdem calculatorgioco onlinegiochi di poker per pcgiochi di poker gratistexas holdem calculatemscuola poker onlinegiocare a pokertexas holdem poker downloadsoftware Pokergiochi di carte pokersexy poker on linegioco poker on line gratispoker holdem gratispoker gamespoker italiagioco poker gratisplay 7 card studstrep poker gratisgioco carte pokerpoker online italiascarica pokercalifornia pokercasino texas holdempoker play moneypoker slot gratispoker tournament softwareaces texas holdemgioco poker freewaregioco d azzardo pokeronline poker gamegioca a poker gratis @A\\\’LAM.\\n - Baginda menandatangani surat perjanjian “PAJAKAN SABAH 1878″ dengan Baron Von Overback @ Alfred Dent sebagai \\n individu pemajak (penyewa ).\\n - Perjanjian ini tidak mendapat perkenan dari kerabat diraja Maharaja Adinda Aranan mahupun Datu-Datu diraja yang lain.\\n - Menaiki takhta setelah mendapat bantuan dan sokongan kuat dari datuk saudara Maaharaja Adinda Mohammad Aranan \\n (Adanan ) Puyo (menaiki takhta selama 7 hari sahaja sebelum menyerahkan takhta pada Sultan Jamalul Azam dengan alasan\\n tua.)\\n31.SULTAN BADARUDDIN -2\\n - Baginda tiada putera lelaki cuma seorang puteri bernama Dayang-Dayang hajjah Piandao.\\n - Mengikut protokol Kesultanan Sulu , takhta seharusnya di serah pada Keluarga Maharaja Adinda kerana tiada waris ketika \\n mangkat pada 1884.\\n32.SULTAN JAMALUL KIRAM -2\\n - Merupakan sultan Sulu yang terakhir di iktiraf oleh Kerajaan Filipina .\\n - Tidak mempunyai anak walau beristeri ramai.\\n - Selepas sultan mangkat perebutan berlaku antara keluarga Kiram , kebanyakan penuntut adalah wanita tapi tidak di sokong\\n oleh “Rumah Bicara” , Kerajaan Filipina yang diamanah untuk membangunkan Sulu tidak mengiktiraf mana - mana Sultan atau \\n Sultanah dari keluarga Kiram.\\nSelepas dari baginda ini lahirlah era Kesultanan Tanpa Kedaulatan . Wallahhuaklam . \\nDi Petik dari Tausug dan Kesultanan Sulu.\\n\\n\\n
Mengikut catatan sejarah yang di ketahuai ,Kesultanan Melayu Terengganu bermula awal abad ke 18 , dikatakan sultan Terengganu yang pertama ialah Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja atau di gelar Sultan Zainal Abidin 1 , memerintah dari tahun 1725 hingga 1733 , telah di tabalkan di Kampung Tanjung Baru , Kuala Berang , Hulu Terengganu . Bendahara baginda ialah Tun Hussain berketurunan Seri Maharaja Johor , Bendahara Johor yang ke 19 keturunan anak cucu Tun Hassan Temenggung anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Mutahir . Setelah mangkat baginda diganti anak bongsunya Raja Mansur yang bergelar Yang Di Pertuan Kecil berumur 7 tahun ketika itu , pentadbiran negeri dilaksanakan oleh Tun Hussain , 6 tahun selepas itu berkahwin dengan Raja Bakul Puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Riau .
Di dalam kawasan Masjid Kuala Telemong daerah Hulu Terengganu terdapat satu kubur besar di kenali sebagai Kubur Dua Belas atau Kubur Besar , di panggil begitu kerana di dalamnya tertanam 12 belas pejuang yang mati ketika menyertai perjuangan menentang dasar British yang di perkenalkan di negeri Terengganu dalam tahun 1928 ,mereka berhimpun untuk mengadap Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kuala Terengganu , malangnya ada petualang yang melaporkan mereka akan memberontak , lalu pihak British yang kononnya mendokong Sultan menghantar sepasukan polis untuk menghalang mereka ,pihak polis melepaskan tembakan dan seramai 12 pejuang telah mati :