Archive for the 'Tempat bersejarah' Category

PAHLAWAN PADANG KACHUNG

Saturday, July 14th, 2007

kacung.jpg Di dalam kawasan Masjid Kuala Telemong daerah Hulu Terengganu terdapat satu kubur besar di kenali sebagai Kubur Dua Belas atau Kubur Besar , di panggil begitu kerana di dalamnya tertanam 12 belas pejuang yang mati ketika menyertai perjuangan menentang dasar British yang di perkenalkan di negeri Terengganu dalam tahun 1928 ,mereka berhimpun untuk mengadap Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kuala Terengganu , malangnya ada petualang yang melaporkan mereka akan memberontak , lalu pihak British yang kononnya mendokong Sultan menghantar sepasukan polis untuk menghalang mereka ,pihak polis melepaskan tembakan dan seramai 12 pejuang telah mati :
Mereka - mereka itu ialah:
-Lebai Abd. Rahman ( Tok Janggut )
-Mahmud bin Mat Diah
-Idris bin Mahmud
-Mamat bin Musa
-Muhamad bin yunus
-Abdullah bin Muhamad
-Ismail bin Ali
-Muhamad bin Jusuh
-Muhamad bin Idris
-Muhamad bin Abdullah
-Abdul Hamid bin Ismail
-Sulaiman bin Salleh
Bibit penentangan pada british bermula bila Undang-undang Tadbir negeri ,terutama Undang-Undang Tanah (Undang-Undang bilangan 5, tahun 1921 bagi Negeri Terengganu)diperkenalkan pada 1 Muharam 1345(11 julai 1928). (more…)