PAHLAWAN PADANG KACHUNG

kacung.jpg Di dalam kawasan Masjid Kuala Telemong daerah Hulu Terengganu terdapat satu kubur besar di kenali sebagai Kubur Dua Belas atau Kubur Besar , di panggil begitu kerana di dalamnya tertanam 12 belas pejuang yang mati ketika menyertai perjuangan menentang dasar British yang di perkenalkan di negeri Terengganu dalam tahun 1928 ,mereka berhimpun untuk mengadap Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kuala Terengganu , malangnya ada petualang yang melaporkan mereka akan memberontak , lalu pihak British yang kononnya mendokong Sultan menghantar sepasukan polis untuk menghalang mereka ,pihak polis melepaskan tembakan dan seramai 12 pejuang telah mati :
Mereka - mereka itu ialah:
-Lebai Abd. Rahman ( Tok Janggut )
-Mahmud bin Mat Diah
-Idris bin Mahmud
-Mamat bin Musa
-Muhamad bin yunus
-Abdullah bin Muhamad
-Ismail bin Ali
-Muhamad bin Jusuh
-Muhamad bin Idris
-Muhamad bin Abdullah
-Abdul Hamid bin Ismail
-Sulaiman bin Salleh
Bibit penentangan pada british bermula bila Undang-undang Tadbir negeri ,terutama Undang-Undang Tanah (Undang-Undang bilangan 5, tahun 1921 bagi Negeri Terengganu)diperkenalkan pada 1 Muharam 1345(11 julai 1928).

Undang-undang ini mewajibkan membayar hasil tanah sebanyak 40 sen setahun bagi seekar tanah.
Penduduk menganggap undang-undang bertentangan dengan agama , yang mana bumi adalah hak Allah dan boleh dimiliki sesiapa untuk mengimarakkannya , pada 1925 British keluarkan perintah , sesiapa yang ingin menanam padi mesti mendapat kebenaran dari Pejabat Tanah , sehingga 1927 undang-undang tidak tanam kalau tiada kelulusan masih berkesan .
Pada Ramadhan 1346H (Mac 1928M) kerajaan mendapat tahu rakyat Hulu Terengganu , Nerus , Dungun tidak berpuas hati atas cukai tanah dan hasil hutan yang di kenakan .
22 Apr 1928 Sultan menghantar Tengku Seri Nara Raja (Tengku Ali bin Mustafa) , Dato Seri Lela Di Raja (En. Abd. Rahman Ishak) dan beberapa orang lagi untuk menyiasat dan tenteramkan suasana yang kemudiannya menghantar utusan secara lisan pada Sultan.
7 zulkaedah 1436(26 Apr 1928)Tengku Jaafar Long , handal dalam pemburuan dan disegani penduduk Hulu Terengganu dan Dungun juga terkenal dikalangan Kerabat Di Raja dihantar secara sulit oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu
untuk menyiasat mengenai Hj.Abdul Rahman Limbong dan Tuan Saiyed Sagaff (anaknda Tok Ku Paloh).
Kesukaran rakyat Hulu mengenai pembayaran pas tebang hutan , tidak bebas berhuma macam biasa , ambil masa empat atau lima hari mudik ke pejabat untuk dapat pas atau surat . Jika undang-undang dilanggar akan ditangkap dan didakwa , mereka bermuafakat untuk mengadap Sultan .
Utusan dihantar oleh Tengku Jaafar pada sepupunya Tengku Seri Setia raja (Tengku Omar Othman) Setiausaha Kerajaan Terengganu .
Pada 15zulkaedah 1346(7 May 1928) Sultan ke Kuala Berang dengan motor sungai menemuai rakyat.Perjumpaan diadakan disebelah kiri mudik tebing sungai bertentangan Pengkalan Gaung Sebelah Kuala Berang ,dikenali Pasir Pulau En. Mohammad Amin.Seramai lebih kurang 2500 ke 3000 orang hadir dari Kuala Berang dan Hulu Dungun.

3 Responses to “PAHLAWAN PADANG KACHUNG”

  1. dr aura Says:

    Semoga pejuang-pejuang bangsa dilimpahkan rahmat dan rohnya
    ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang diredai.

  2. herman abdullah Says:

    ada gambar2 mereka?

  3. k'orok Says:

    Askum…

    Aku mencari maklumat mengenai tokoh lama che Mat Salleh,

Leave a Reply