Sejarah Kesultanan Melayu Terengganu Darul Iman

mizium.jpg Mengikut catatan sejarah yang di ketahuai ,Kesultanan Melayu Terengganu bermula awal abad ke 18 , dikatakan sultan Terengganu yang pertama ialah Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja atau di gelar Sultan Zainal Abidin 1 , memerintah dari tahun 1725 hingga 1733 , telah di tabalkan di Kampung Tanjung Baru , Kuala Berang , Hulu Terengganu . Bendahara baginda ialah Tun Hussain berketurunan Seri Maharaja Johor , Bendahara Johor yang ke 19 keturunan anak cucu Tun Hassan Temenggung anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Mutahir . Setelah mangkat baginda diganti anak bongsunya Raja Mansur yang bergelar Yang Di Pertuan Kecil berumur 7 tahun ketika itu , pentadbiran negeri dilaksanakan oleh Tun Hussain , 6 tahun selepas itu berkahwin dengan Raja Bakul Puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Riau .

Tahun 1740 di tabalkan sebagai Sultan Terengganu . Tengkolok dipakaikan oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah , memakai gelaran Sultan Mansur Shah 1 (Raja Kedua Terengganu). Menjalin hubungan baik dengan Siam , sebagai tanda persahabatan hantar bunga emas ke Siam tetapi Siam tersalah anggap bunga emas di anggap sebagai Terengganu tunduk pada Siam , baginda mangkat pada tahun 1793. Diganti oleh Tengku Zainal Abidin kemudian digelar Sultan Zainal Abidin 11 , pada masa sama Terengganu dan Kelantan berperang merebut kuasa , baginda menjalin hubungan dengan Sultan Khanzul Alam Brunei. Mangkat tahun 1808. Diganti pula oleh Putera Sultan Zainal Abidin 1 Tengku Ahmad ditabal pada tahun 1808 bergelar Sultan Ahmad Shah 1 (Sultan Ke 4).Baginda membuka lombong bijih timah, mangkat pada 4 Julai 1830 .Sultan yang Ke 5 ialah Sultan Abdul Rahman . Sultan Daud menjadi pemerintah Terengganu yang Ke 6.Tengku Umar dan Raja Mansur berebut tahta ,akhirnya pada tahun 1831 Raja Mansur dilantik Sultan Terengganu yang ke 7 , Baginda di gelar Sultan Mansur Shah 2 , Baginda mangkat padatahun 1836 , kemudian diganti oleh Tengku Muhammad ,menjadi Sultan yang ke 8 yang ketika itu berusia 15 tahun dan digelar Sultan Muhammad Shah 1 , Tengku Umar yang gagal menjadi Sultan dahulu meminta bantuan dari adiknya Tengku Mahmud di Linggi . Kemudian Baginda dilantik Sultan Terengganu Ke 9 pada tahun 1839 bergelar Sultan Umar.

Kegiatan melombong bijih timah di Kemaman dan emas di Ulu Nerus dan penghantaran bunga emas ke Siam dihentikan , setiap daerah ditadbir oleh Datok , Bahagian diperhati Datuk Muda yang berkuasa melantik Ketua Kampung . Berbalah dengan British kerana tongkang Kim Eng Seng apabila Dewan Perniagaan Singapura membuat lapuran salah . Inggeris meminta gantirugi 11,000 ringgit kerana dikatakan Terengganu menyerang tokang tersebut , tetapi sebenarnya mereka merompak , akhirnya Terengganu didapati tidak bersalah dan Inggeris menarik balik tuntutan, dizaman pemerintahan baginda Terengganu di istiharkan bebas dari sebarang kuasa asing , pada tahun 1874 pemerintahan diserahkan pada Yam Tuan Muda Tengku Ahmad , baginda sultan Umar mangkat pada tahun 1876 . Sultan Terngganu yang ke 10 ialah Tengku Ahmad , digelar Sultan Ahmad Shah 2 , mangkat pada 1881 . Kemudiannya diganti Tengku Zainal Abidin digelar Sultan Zainal Abidin ke 3 , Sultan Terengganu yang 11 . ketika pemerintahan baginda penjara dibina , mata wang diguna pakai , sistem pungutan cukai dilaksanakan . Pada tahun 1882 kebakaran besar dipanggil ‘Api Pecah Gedung’ berlaku di Kuala Terengganu , tempat menyimpan peluru dan 16,000 rumah musnah termasuk Istana Hijau , tahun 1839 sukatan baru kati dan pikul diperkenlkan , tahun 1895 Istana Maziah didirikan .

Pada tahun 1910 menandatangani persahabatan dengan Inggeris , tahun 1911 telefon digunakan menghubungkan Istana , Pejabat Pos dan wakil Kerajaan Inggeris , pada 24 mei 1919 baginda menerima perlantikan Wakil Inggeris , Penasihat pertama Inggeris ialah JL Humphreys . Baginda memerintah selma 38 tahun , pada 26 Nov 1919 baginda mangkat dijangkati wabak. Tengku Muhammad Sultan Terengganu ke 12 , digelar Sultan Muhammad Shah 2 , kemudian baginda meletak jawatan diserahkan pada Tengku Sulaiman bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah , Sultan ke 13 . Pada tahun 1928 berlaku kekacauan diKuala Berang apabila cukai tanah dikenakan , balai Polis dan pemungut cukai diserang , pada 7 mac 1928 masalah selesai dan penyerang serah diri dan dihukum serta diberi amaran , kuasa Sultan dihadkan hanya pada adat resam dan agama oleh Inggeris  , baginda mangkat  pada 1942 . Digantikan oleh Tengku Ali , yang bergelar Sultan Ali , Sultan yang ke 14 . Jepun menyerahkan Terengganu pada Siam kerana membenarkan Jepun lalu untuk menyerang Tanah Melayu. Selepas Jepun kalah perang , Sultan Ismail adik kepada Sultan Sulaiman dilantik sebagai Sultan Terengganu ke 15 ,  

One Response to “Sejarah Kesultanan Melayu Terengganu Darul Iman”

  1. Baijuri Says:

    Saya ingin mencari keturunan Sultan Mansur Shah II dan Sultan Muhammad Shah I. Apa berlaku kepada keluarga selepas mereka di kalahkan.

Leave a Reply