Zakaria
Nabi Zakariya ialah keturunan Nabi Sulaiman. Beliau diutus kepada kaum Bani Israil. Nabi Zakariya sangat risau akan keadaan kaum dimana dia diutus yaitu kaum Bani Israil (Bani Ya’kub) yang mengalami penindasan oleh penjajah Romawi, sementara itu Bani Israel sendiri semakin menyimpang dari Aqidah Tauhid yang telah disampaikan oleh para Nabi mereka.
Sudah sejak lama Nabi Zakariya mengharapkan seorang anak. Usianya telah lanjut. Namun keinginannya belum kesampaian. Suatu hari datanglah janda Imron menyerahkan bayi perempuannya (Maryam) pada Nabi Zakariya untuk diasuh dan dibesarkan sebagaimana nazarnya. Nabi Zakaria telah menjaga Maryam sehingga besar.
Nabi Zakaria juga mengharapkan seorang anak dari darah dagingnya sendiri sebagai pewarisnya. Beliau bermunajat dan doanya dimakbulkan. Anaknya diberikan nama Yahya. Nabi Yahya lahir 6 bulan lebih awal dari nabi Isa. Seperti ayahnya, Yahya juga seorang nabi Allah.
Nabi yahya telah dibunuh oleh kekejaman Raja Herodus pemerintah ketika itu. Raja Herodus juga marahkan Nabi Zakaria kerana nabi Zakariya menjadi tempat mengadu kepada masyarakatnya. Lalu Nabi Zakariya diburu untuk dibunuh. Nabi Zakariya melarikan diri. Sampai di sebuah kebun. Saat itu kebun itu telah dikepung oleh para tentera. Nabi Zakariaya terdesak dan tak ampu lagi melarikan diri. Beliau melihat ada sebatang pohon yang membuka batangnya. Beliaupun masuk ke dalam pohon itu, dan pohon itu telah bertangkup. Malangnya saat itu iblis mengetahui bahwa Nabi Zakariya masuk ke dalam pokok itu. Iblis telah menghebahkan rahsia itu, lalu para tentera itu telah menebang pohon itu, namun Nabi Zakariya tak kelihatan. Sejak itu, tidak seorangpun yang tahu ke manakah beliau. Sejak itulah, Nabi Zakariya tak pernah muncul lagi ke tengah Bani Israil, banyak orang yang menganggap bahwa beliau telah wafat.
Pelbagai cerita kisah nabi-nabi boleh diperolehi dari Wekipedia.