Tok Ku Paloh

Tok Ku Paloh adalah seorang Ulama besar Terengganu pada abad ke-19 , nama sebenar beliau ialah Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus , dilahirkan pada tahun1817 di Kampung Cabang Tiga , Kuala Terengganu Darul Iman . Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahndanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad Al-Aidrus atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar dan seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Mekah kira-kira 10 tahun , sekembalinya dari Mekah beliau mengajar di masjid peninggalan ayahndanya sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri. Beliau memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian dan kesufian .Beliau adalah Khalifah kepada Tariqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan ‘Syahadat Tok ku’ .Kepercayaan Sultan Terengganu pada beliau menyebabkan Tok Ku dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain menasihati Sultan dalam semua hal , di amanahkan Sultan Zainal Abidin 111 mentadbir beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga . Tok Ku menubuhkan pasukan penguatkuasaan yang dikenali sebagai ‘Budak Raja’ fungsinya hampir sama dengan polis hari ini. Tok Ku gemar keluar malam untuk memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat , pada malam  tertentu beliau keluar dengan mengenakan selubung kepala. Tok Ku bertindak demikian untuk meninjau keadaan masyarakat ,jika mendapati perkara tidak elok berlaku , beliau akan mengarahkan Budak Raja membuat tangkapan keesokannya , juga memiliki mahkmah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan tadbirannya , pihak istana memberi perkenaan atas usaha beliau ini. Sultan Zainal Abidin 111 menyerahkan anaknda baginda Tengku Sulaiman untuk berguru dan menjadi anak angkat Tok Ku , malah salah seorang isteri Tok Ku ialah kekanda baginda Sultan sendiri iaitu Tengku Mandak ,ini semua atas dasar kepercayaan dan hubungan rapat Tok Ku dan Baginda Sultan.
Tok Ku Paloh turut terkenal sebagai wali Allah serta sangat di takuti penjajah Inggeris , pada suatu ketika British cuba berunding dengan Sultan untuk membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi Baginda menyuruh bertemu Tok Ku Paloh , Baginda bertitah “Terengganu ini ada tuannya ,hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dahulu ” ,lalu sepasukan pegawai penjajah ke rumah Tok Ku untuk berunding .Tok Ku mengatakan mereka boleh mengambil Bukit Besar dengan syarat bukit itu di bawa balik ke negeri mereka,”kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami , saya menolak atas apa alasan pun tapi kalau hendak tanah silakan . Isikan dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah ,”demikian jawapan Tok Ku. Mendengar itu ,British menunjukan kemarahan dengan bangun dari kerusi tetapi kerusi yang diduduki melekat pada punggung mereka . “Bukan Bukit Besar saja yang mahu kamu ambil , kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?”,British undur dengan rasa malu. Rundingan kedua diatur diatas kapal perang mereka yang besar, bertujuan menakutkan secara psikologi british mampu menyerang Terengganu , Tok Ku mengatakan bahawa kapal itu tidak mampu bertahan kalau beliau naik, mereka mengejek , bila Tok Ku naik setiap kali menyengetkan serbannya ke kiri atau kanan kapal itu turut senget sama , keadaan cemas itu menyebabkan mereka membatalkan rundingan . British cuba menghampiri pantai Terengganu tetapi ketakutan bila melihat pahlawan Melayu bersenjata sejauh mata memandang. Antara murid Tok Ku ialah Abdul Rahman Limbong pejuang penentang penjajah Terengganu , Datok Bahaman , Tok Gajah , Mat Kilau penentang penjajah di Pahang ,semangat jihad disemarakkan pada murid-murid beliau untuk menentang penaklukan .
Tok Ku meninggal dunia pada september 1917 pada usia 100 tahun , tidak lama selepas itu Sultan Zainal Abidin 111 pula mangkat pada 26 Nov 1918.

Leave a Reply